Oct 31, 2014

Kontra

Difikirkannya dalam-dalam
Mengapa wujud kontra antara manusia
Seorang tukang beca 
Mengayuh deras mencari makan
Seorang jutawan 
Mengayun kayu golf perlahan
Membuang lemak kerana terlebih makan

Tiba-tiba jumpa puisi ni dalam folder. Bukan aku yang karang. Tapi sumpah tak ingat ambil dekat mana. Cuba google balik, tapi macam tak jumpa. Siapa ye pengarang puisi ni? Siapa yang tau email kat aku ye. Kepada pengarang, mohon letak dalam blog ni ye. Terima kasih.

Aku suka betul baca puisi-puisi macam ni. Membuatkan kita berfikir bahawa dunia ini memang ada orang yang diatas dan ada orang yang dibawah. Tetapi, orang yang diatas didunia ini tak semestinya akan masuk syurga nanti kan? Mungkin orang yang dibawah, yang bekerja keras untuk makan yang akan jadi orang yang mulia disisi Allah.

Hidup ni ujian. Jadi kaya ke, miskin ke semua adalah ujian. Orang kaya pun ada ujian yang Allah bagi. Terpulang kepada diri sendiri macam mana nak handle ujian tu. Yang penting, hidup jangan menyusahkan orang lain dan berpijak atas kaki sendiri. Hormatilah semua benda disekeliling kita.

0 komen: