Oct 31, 2014

Kontra

Difikirkannya dalam-dalam
Mengapa wujud kontra antara manusia
Seorang tukang beca 
Mengayuh deras mencari makan
Seorang jutawan 
Mengayun kayu golf perlahan
Membuang lemak kerana terlebih makan

Tiba-tiba jumpa puisi ni dalam folder. Bukan aku yang karang. Tapi sumpah tak ingat ambil dekat mana. Cuba google balik, tapi macam tak jumpa. Siapa ye pengarang puisi ni? Siapa yang tau email kat aku ye. Kepada pengarang, mohon letak dalam blog ni ye. Terima kasih.

Aku suka betul baca puisi-puisi macam ni. Membuatkan kita berfikir bahawa dunia ini memang ada orang yang diatas dan ada orang yang dibawah. Tetapi, orang yang diatas didunia ini tak semestinya akan masuk syurga nanti kan? Mungkin orang yang dibawah, yang bekerja keras untuk makan yang akan jadi orang yang mulia disisi Allah.

Hidup ni ujian. Jadi kaya ke, miskin ke semua adalah ujian. Orang kaya pun ada ujian yang Allah bagi. Terpulang kepada diri sendiri macam mana nak handle ujian tu. Yang penting, hidup jangan menyusahkan orang lain dan berpijak atas kaki sendiri. Hormatilah semua benda disekeliling kita.

Oct 30, 2014

Hak dan pendapat masing-masing

Assalammualaikum WBT,

Dalam 3 tahun lepas, tahun 2011 aku pernah menghadiri satu kursus. Tapi tak ingat lah nama kursus. Rasanya kursus yang berkaitan dengan komunikasi. Satu perkara yang penceramah tu bentangkan berkenaan hak. Tak kisah hak sebagai manusia, hak sebagai haiwan atau hak sebagai tumbuhan. Pendek kata, semua benda hidup ada hak masing-masing.

Perkara ni sangat-sangat aku ingat sebab waktu penceramah tu cerita-cerita, aku sangat terasa. Haha.. Penceramah tu cakap setiap benda hidup ada hak apatah lagi manusia. Manusia ada hak untuk gembira, ada hak untuk sedih dan ada hak untuk marah. Diri sendiri ada hak dan orang lain di sekeliling kita juga ada hak. Contoh, kita bagi satu pendapat dan orang lain tidak setuju, Jadi, itu hak diorang untuk tidak setuju.

Cara hidup juga adalah hak masing-masing. Ya, untuk hidup aman damai memerlukan semua orang untuk jadi baik. Tetapi kita perlu hormati cara hidup orang sekeliling kita. Orang kaya yang mampu, ada hak untuk hidup dengan cara hidup dia. Yang hidup sederhana pun ada hak untuk hidup seperti mana yang dia suka. Orang kaya perlu hormati hak orang yang hidup sederhana dan yang hidup sederhana perlu hormati hak orang yang hidup mewah. Kita kena ingat yang setiap Allah bagi dekat kita ni ada hikmah-hikmah yang lain yang kita sendiri tak tau. Hidup ni kan ujian sebenarnya.

Contoh lagi, kalau orang tu tak suka makan sesuatu, kita hormat aje lah. Tu hak dia. Sama dengan kita jugak. Apa perasaan kita kalau orang lain tak hormat kegemaran dan cara kita? Tak hormat pendirian kita. Tingkah laku dan perkataan juga berkaitan sebenarnya. Kalau ada perkara yang kita cakap atau sampaikan membuatkan seseorang tu marah, kita kena terima. Sebab itu hak orang tersebut untuk marah. Mesti ada sebab kan kenapa dia marah.

Penceramah tu banyak kali ingatkan, kita tak boleh fikirkan kita je yang betul. Sebab setiap yang bernyawa ada hak masing-masing. Sama macam kucing liar datang rumah curi ikan kita. Geram kan. Tapi kena fikir, kucing tu dah curi pun. Allah dah tetapkan ikan tu sebagai rezeki dan hak kucing tu. Tak perlulah nak kejam sangat cari dan bunuh kucing tu. Tindakan seterusnya, kita fikirlah macam mana nak bagi ikan kita tak kena curi pada masa akan datang.

Tapi, janganlah bila kita fikir kita ada hak kita buat ikut suka kita je. "Hak aku kot nak buat ape", kononnya. Contoh, dalam satu kawasan yang sesak, selamba badak je korang nak parking suka-suka hati korang block kereta orang bagai. Haa.. Yang tu bukan hak ok sebab telah menyebabkan kesusahan orang lain. Kalau block parking kat depan rumah orang lagilah itu bukan hak. Itu hak tuan rumah pulak untuk hempuk kereta korang dengan stereng lock. Hahaha..

Cerita pasal hak ni memang terkesan sangat. Walaupun kadang-kadang nak mempraktikkan benda-benda yang suci hati macam ni sangat susah, nak taknak kena juga cuba. Kita sedih, sentap bila orang pertikaikan kita. Tapi, cuba ingat balik pernah tak kita pertikaikan orang lain. Jadi, adil lah kan. Sebab semua benda hidup ada hak masing-masing.

Buka hati dan sentiasalah bersangka baik. Susah sebenarnya....=) *ingatan untuk diri sendiri*

Oct 29, 2014

Membersih sawang

Assalammualaikum WBT,

Ok. Lama sangat tak menulis kat sini. Hari ni tiba-tiba rajin nak jenguk balik. Aduhai, tak tahu lah berapa lama boleh bertahan ni. Hehe.. Entry lama semua dah hide. Tanpa sebab. Saje je nak hide. Biasalah. Ikut mood.

Template semua dah tukar. Dah takde dah colour-colour macam yang lepas. Sendiri tengok, sendiri rimas. Jadi, marilah kita bersederhana je. Tak semak mata aku ni nak pandang. Hari ni kerjanya membersihkan sawang dalam blog ni.

Blog ni sekarang lebih kepada catatan peribadi, tempat meluahkan untuk diri sendiri. Tak peduli pun ade orang baca atau tidak. Ni namanya blog syok sendiri. Hahaha...

Kehidupan tak banyak berubah. Cuma bila dah ada Jasmin Raihanna ni agak sibuk sikit lah rutin seharian. Tapi takdelah sibuk sangat. Budak dah besar. Senang dah nak jaga. Bersyukur dikurniakan permata hati yang sentiasa menjadi pengubat duka dan lara.

InsyaAllah, kalau rajin nanti akan adalah cerita tentang Jasmin. Maybe akan flashback balik kisah-kisah 2 atau 3 tahun yang lepas. Kalau rajin ye.

Cukup dulu. Takde idea sebenarnya nak bebel ape. Saje2 nak bagi intro lah kononnya ni. Jumpa lagi. Bye...


Oct 9, 2011

~ES~




Without asking any question, 
Without asking for anything in return,
Whatever you gave me, you gave from your heart,
Without saying anything,
Without measuring gain or loss,
You gave everything with a smile,
You are my sun and my shade,
My own and my mate,
I don't know anything else, except this,
I see God in you, what shall I do?